Kami Jenama Bubbly Orked (Bub-bly-Or-ked) dimiliki oleh Sudanu International Sdn Bhd (1283904-X). Kami membawa visi sebagai sekumpulan wanita yang suka berpenampilan cantik, berkeyakinan dan gembira setiap hari. Salah satu cara untuk kami eksprisikan mood dan positif aura ini ialah melalui medium pakaian. Ini adalah kerana kami percaya pakaianlah yang paling mudah untuk menceriakan hari-hari kami.
Oleh itu, kami keluarkan pakaian yang diinspirasikan dari baju kurung Pahang, dan membuat inovasi dengan mendatangkan ciri-ciri seperti potongan baju yang membawa illusi langsing, sekaligus membuat sipemakai berasa yakin bila memakainya. Kami sangat mangambil berat akan potong baju supaya selesa dipakai dan nampak sangat cantik dan terletak.
Kami juga menitikberatkan keselesaan kepada sipemakai dengan menggunakan fabrik yang sejuk dan tidak melekap serta tidak jarang, pastinya memberi rasa selesa dipakai diiklim khatulistiwa seperti di Malaysia. |